Tentang Kami
Epoxy Refinish Coat®
Kami menawarkan perkhidmatan menggunakan jenama sendiri iaitu ERC atau Epoxy Refinish Coat® dengan menjalankan pengubahsuaian lantai dan dinding pada ruangan bilik air, dapur, balkoni, tangga, counter top, slab bumbung konkrit, garaj, kerusifero dan pelbagai ruangan serta permukaan dengan menggunakan bahan- bahan epoksi berkualiti tinggi. Kemasan epoksi ini adalah bersifat dwifungsi iaitu sebagai lapisan kalis air dan penambah seri dengan kepelbagaian corak menarik yang bersesuaian mengikut kehendak para pelanggan.
Kebanyakkan pelanggan adalah terdiri daripada pemilik kediaman persendirian atau pegawai penyelenggara bangunan. Selain itu, terdapat juga pelanggan daripada syarikat dan badan kerajaan yang berminat dalam pengubahsuaian lantai/dinding menggunakan sistem Epoksi.
Dengan kemampuan dan pengalaman sedia ada, Syarikat ini mampu untuk mengendalikan dan menguruskan kerja-kerja transformasi mengikut tempoh yang telah ditetapkan dengan memberi keutamaan kepada mutu kerja yang terbaik dan memenuhi kehendak pelanggan.
Fokus memberikan perkhidmatan kepada pelanggan domestik dan korporat di sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan serta kawasan berhampiran di dalam radius 50 – 60 kilometer daripada kawasan Bangi, Selangor
Kami akan sentiasa berusaha memperkembangkan kepelbagaian produk dan memperbaiki prestasi syarikat dari masa ke semasa ke taraf yang lebih membanggakan agar syarikat dapat memberikan perkhidmatan terbaik demi mencapai Visi & Misi Syarikat.
Visi
Mentransformasi percambahan idea melalui kepelbagaian produk dengan harga yang berdaya saing serta penerapan hasil kerja yang berkualiti.
Misi
* Memastikan penawaran hasil kerja bertaraf 5 bintang dan perkhidmatan yang cekap serta berkesan dalam memberi kepuasan kepada para pelanggan.
* Menawarkan motivasi kehidupan kepada para pelanggan dengan menyelesaikan masalah mereka.
* Menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan bidang waterproofing dan kaedah pemasangan lantai epoksi serta mampu berdaya saing.
* Menjadi pembekal bahan mentah yang berkualiti kepada kontraktor Epoxy yang
terlatih.